RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 3 Oktober 2011 Tahun : 4 Elit
Masa : 8.45 - 9.45 pagi
Bil Murid : 35 orang
Tajuk : Penggunaan Kata Hubung
Objektif umum : Mengetahui dan memahami penggunaan kata hubung pada ayat majmuk
Objektif khusus: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:-
1. membina ayat dengan betul berdasarkan kata hubung yang telah murid pelajari
2. menulis ayat dengan membetulkan kesalahan penggunaan kata hubung yang
terdapat dalam ayat
Pengetahuan sedia ada : Murid telah belajar ayat tunggal dan ayat majmuk pada minggu yang
lepas.
Murid telah didedahkan dengan aspek membetulkan kesalahan kata
dalam ayat
ABM: Komputer (atas talian)
Lembaran kerja
Induksi
- Guru menampalkan teka silangkata di papan putih.
- Murid mencari jawapan pada teka silangkata.
- Guru memberi jawapan dan peneguhan kepada murid.
Langkah 1
- Guru menerangkan konsep kata hubung kepada murid.
- Guru menyenaraikan kata hubung dan menampalkan di hadapan murid.
- Guru mengemukakan contoh ayat menggunakan kata hubung kepada murid.
Langkah 2
- Guru menampalkan kad perkataan.
- Guru meminta murid membina ayat.
- Guru memilih kumpulan murid secara rawak.
Langkah 3
- Guru berbincang dengan murid dan membetulkan kesalahan yang terdapat pada ayat .
- Guru menampalkan soalan di hadapan dan meminta murid memberikan jawapan.
- Guru menerangkan jawapan yang diberi.
Penutup
- Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid sebagai pengukuhan.
Create your own at MyNiceProfile.com
Create your own at MyNiceProfile.com
Create your own at MyNiceProfile.com
Bermaksud kata yang menghubungkan dua ayat sehingga membentuk ayat majmuk.
Kata Hubung terbahagi kepada 3 bahagian :
a. Kata Hubung Gabungan
b. Kata Hubung Pancangan
c. Kata Hubung Berpasangan
a. Kata Hubung Gabungan ialah ;
(dan, lalu atau , serta, maka,, tetapi,sambil,kemudian,kecuali,malahan)
Contoh ayat :
1.Azman dan Azmin adik beradik.
2.Budak itu gemuk tetapi kuat berlari.
3.Dia berjalan sambil membawa sepinggan nasi goreng.
b. Kata Hubung Pancangan ialah;
(yang ,kerana,walaupun,bahawa,supaya,hingga, ketika,untuk,sungguhpun,sementara,selama)Contoh ayat :
1. Amin tidak hadir ke sekolah kerana hari hujan.
2. Budak yang comel itu adik saya.
c. Kata Hubung Berpasangan ialah;
(sama ada......atau, sedangkan.....inikan pula,semakin....semakin,baik....mahu pun,daripada.....lebih baik,
entah....entah, bukan sahaja.....tetapi juga)
Contoh ayat:
1.Wajah nenek saya semakin hari semakin berkedut.
2.Sama ada betul atau salah saya tetap menjawab soalan itu.
Create your own at MyNiceProfile.com
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
a. Semua murid keluar bersenam ..................... Julia.
b. Siti menghiaskan dirinya ...................kelihatan cantik ...............menawan.
c. Zainal melompat........................menanduk bola masuk ke dalam pintu gol.
d. Pemenang pertandingan kuiz ria itu diminta memilih sampul berwarna hijau .............. biru.
e. Anak sulung Encik Mazlan seorang yang rajin ....................anaknya yang bongsu agak pemalu.
f. Ibu menyuruh saya mengangkat pakaian di ampaian .................hari hendak hujan.
g. Semua peserta jogathon akan diberi hadiah saguhati .....................menamatkan larian.
h. Kita patut bersyukur ......................tinggal di negara yang aman dan makmur.

No comments:
Post a Comment